Wednesday, 9 November 2016

AKTIVITI MENARIK

7 Aktiviti Menarik di Terengganu

Jika anda tanya tentang negeri kegemaran yang terdapat di Malaysia, sudah tentulah Terengganu menjadi salah satu destinasi kegemaran aku. Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, negeri ini sememangnya menawarkan kepelbagaian kepada para pengunjung, antaranya ialah budaya, pemandangan alam semula jadi dan kulinari. 


Pertama kali datang ke Terengganu ialah pada tahun lepas, untuk Pesta Candat Sotong Antarabangsa. Datang untuk pertama kali terus jatuh cinta dengan negeri ni. Bukan sebab jumpa jodoh atau apa dekat sana (oops), tapi sebab macam-macam boleh buat dekat sana. Kalau ada rezeki dan peluang, pastinya aku akan berkunjung ke sana lagi. InsyaAllah.


Boleh Tonton Video Squid Jigging aku DI SINI

Memandangkan aku dah jejak kaki ke Terengganu, nak jugalah kongsi sedikit sebanyak pengalaman dan aktiviti yang korang boleh buat bila datang Terengganu ni. Antaranya ialah:-

Bergambar di sekitar China Town

Terletak di Kuala Terengganu (berdekatan dengan Sungai Terengganu), China Town merupakan salah satu tumpuan para pengunjung yang datang ke sini. Bangunan-bangunan di sini juga agak menarik (best untuk ambil gambar). Pada waktu siang, korang boleh la ambil gambar di sekitar sini. Kalau waktu malam pula, korang boleh jalan-jalan tengok jualan pasar malam dan sebagainya. Tidak lupa, terdapat juga pelbagai majlis atau festival yang diadakan di China Town ni.

Lokasi: Kuala Terengganu, Terengganu

Bermain dengan gajah di Perkampungan Gajah Kenyir (Kenyir Elephant Village) 

Baca pengalaman aku ke Perkampungan Gajah Kenyir DI SINI

Sebagai seorang pencinta alam, Perkampungan Gajah Kenyir ternyata tidak menghampakan aku. Kunjungan ke sini penuh dengan rasa puas hati sebab dapat berjalan dan menikmati pemandangan tumbuhan hijau yang cantik serta berpeluang untuk melihat persembahan gajah. Gajah di sini memang friendly dan bijak!

Lokasi: Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia
Harga tiket: RM15 (kanak-kanak), RM30 (dewasa)

Melihat keindahan Masjid Kristal

Menjadi salah satu bangunan ikonik di Terengganu, Masjid Kristal bukan hanya menerima kunjungan daripada mereka yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah tetapi ia juga menerima kunjungan daripada orang ramai yang datang dari latar belakang agama berbeza. Ianya secara rasmi dibuka pada 8 Febuari 2008. Seni bina masjid ini tentu akan membuat anda terpukau!

Lokasi: Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Kutip Kepah di Kampung Mangkuk

Apa salahnya cuba perkara baru kan? Okay, kalau anda berada di sekitar Setiu, boleh la cuba-cuba mingle around dengan local kat sini. Mana tahu diorang baik hati nak bawa korang pergi kutip kepah. Nothing much, sekurang-kurangnya kita dapat rasa bagaimana sukarnya untuk kutip kepah ni. Memang ambil masa agak lama dan terpaksa berjemur dibawah terik matahari.

Lokasi: Kampung Mangkuk, Penarik, Setiu, 22120 Kampong Mangkok, Malaysia

Snorkeling di Taman Laut Pulau Redang

Baca pengalaman dan tios aku buat aktiviti snorkeling di Taman Laut Pulau Redang DI SINI

Snokerling, selalu menjadi kegemaran aku dan mungkin ramai orang. Dengan airnya yang begitu jernih, Pulau Redang pastinya tidak menghampakan jika anda nak menyelam dan tengok hidupan laut. Ianya memang terkenal, oleh itu pandai-pandai la korang plan masa nak visit ke sini (untuk elak sesak ramai orang).

Lokasi: Pulau Redang, Terengganu, 21080 Kuala Terengganu, Malaysia
Jom candat sotong! 

Baca pengalaman aku mencandat sotong DI SINI 

Diadakan mengikut musim yang sesuai, candat sotong juga salah satu tarikan utama di Terengganu. Sama seperti mengutip kepah, dengan melakukan aktiviti ini, anda secara tidak langsung akan sedar betapa susahnya nak tangkap sotong. Selain itu, anda juga dapat menikmati pemandangan matahari terbenam sambil candat. Boleh sewa satu bot dan pergi beramai-ramai.

Lokasi: Salah satu tempat terbaik untuk mencandat ialah di Pulau Redang.

Bersuka ria di Taman Tema Air Kenyir

Baca pengalaman aku di Taman Tema Air Kenyir DI SINI
Ini dikira antara tarikan baharu terdapat di Terengganu. Ianya sesuai untuk satu keluarga meluangkan masa bersama kerana tempat ini agak besar dan juga ada pelbagai jenis permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. So, kalau plan nak ke taman tema air, boleh la datang ke Taman Tema Air Kenyir.

Lokasi: Kenyir Water Park, Pulau Poh, Tasik Kenyir, Ulu Terengganu, Terengganu
Harga tiket: RM15 (Kanak-kanak), RM25 (Dewasa) 

Haaaa, macam mana? Teruja tak tengok aktiviti-aktiviti yang korang boleh buat di sini? Itu baru sikit je. Banyak lagi korang boleh buat dekat Terengganu. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Beautiful Terengganu, boleh layari:
Laman web:www.beautifulterengganu.com
Facebook:www.facebook.com/beautifulterengganu
Twitter:www.twitter.com/tourismtrg

JOM BERCUTI DI TERENGGANU

TERENGGANU





Pengenalan~

Terengganu adalah salah satu negara Malaysia yang kaya dengan kekayaan landskap yang menarik dan menyegarkan semula jadi. Beliau mempunyai pantai, pulau-pulau eksotik, hutan yang subur dara tropika, perkampungan nelayan, air terjun yang mempesonakan dan banyak lagi. Batu dan batu pantai, berpasir putih dan air yang jernih merentasi sepanjang 225 km pantai, memperluaskan dari Besut di utara ke Kemaman di Selatan. Pulau-pulau beliau adalah antara yang paling indah dan menarik di negara ini. Daripada pelbagai hobi yang berwarna-warni yang termasuk batik dan songket tenunan kepada sambutan yg membayangkan kegembiraan hati banyak generasi warisan budaya dan tradisional, Terengganu merupakan sebuah negeri yang sangat diberkati.

Penduduk Terengganu, yang berjumlah kira-kira 1 juta orang, terdiri daripada 90% Melayu, dengan yang lain yang terdiri Cina dan India. Kadar hidup di Kuala Terengganu, ibu negeri, dan semua bandar dan kampung di Terengganu unhurried dan tidak terjejas oleh hiruk-pikuk bandar besar.

Sejarah Terengganu akan kembali kepada sejauh abad ke-1 dan telah lama menjadi kawasan penting penyelesaian Melayu. Sepanjang masa sehingga ke hari ini, Terengganu telah diperintah oleh 16 Sultan.



Di negeri ini terdapat beberapa tempat menarik seperti Pantai Batu Burok.






Seperti gambar di atas, tempat ini adalah pemandangan  di Pantai Batu Burok.

             Banyak pelancong datang ke sini untuk menikmati udara segar dan berseronok dengan keluarga dan rakan-rakan.

     Di Terengganu, terdapat sebuah masjid yang terkenal bernama Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man.Masjid ini terkenal kerana keunikannya yang seolah-olah masjid itu diperbuat daripada kristal.



Ini adalah Masjid Kristal.Bagi orang Islam, mereka boleh solat di sini di mana ia terletak di Taman Tamadun Islam,Pulau Wan Man.

Di Terengganu juga,terdapat muzium yang terbesar di Malaysia yang dipanggil Muzium Terengganu.Ramai pelacong datang ke muzium ini untuk melihat & mempelajari sejarah di negeri ini, seperti apa yang telah berlaku pada masa dahulu.






Gambar di atas adalah sebuah muzium yang dipanggil Muzium Terengganu.Muzium ini adalah yang terbesar di Malaysia.

Bentuknya yang unik & 'Ala-Ala Kampung' membuatkan muzium ini dari jauh nampak menarik.







Di Terengganu juga terkenal dengan satu pasar yang terbesar di sini bernama Pasar Besar Kedai Payang.Di sini juga banyak menjual baju batik,kain batik,kraftangan,keropok lekor dan sebagainya.Pasar ini juga menjadi tumpuan pelancong kerana terkenal dengan kain batiknya.







Gambar berikut ialah baju/kain batik yang dijual di Pasar Besar Kedai Payang.Harganya juga berpatutan.Coraknya yang dapat menambat hati setiap pelancong yang datang ke sini membuatkan baju/kain batik ini laku & laris.








                  
Seperti gambar di atas ini ialah kraftangan yang di jual di Pasar Besar Kedai Payang.Kraftangannya yang kreatif & unik juga menarik banyak hati pelancong untuk datang ke pasar ini dan membeli barangan kraftangan di sini. 








Di Terengganu ini juga terkenal dengan makanannya iaitu NASI DAGANG.Nasinya yang enak serta lauknya yang menyelerakan ini membuatkan ramai orang suka & tertarik dengan makanan ini.Makanan ini juga boleh membuatkan orang terliur. xD








Di Terengganu juga terkenal dengan Batu Bersurat yang dikatakan bersejarah di Terengganu.Batu Bersurat yang dijangkakan lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu yang mempunyai ukiran yang paling tua dan ditulis dalam Bahasa Jawi yang pertama di Malaysia.Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu pada tahun 1326 atau 1386.Batu ini juga ditemui hampir tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang,Hulu Terengganu pada tahun 1899.

TEMPAT PENGINAPAN MENARIK DI TERENGGANU

Disini saya akan menyenaraikan beberapa tempat penginapan yang menarik di sekitar negeri Terengganu.

Senarai tempat menarik untuk percutian di Terengganu ini ialah panduan lokasi untuk bercuti yang disusun mengikut jenis pelancongan. Ada destinasi percutian pulau, pantai, pelancongan alam semulajadi, kebudayaan dan lain-lain. Beberapa tempat penginapan di setiap lokasi turut dicadangkan. Ini akan memudahkan anda membuat pilihan mengikut kehendak dan bajet masing-masing.

Percutian Pulau

 Pulau-pulau di Terengganu memang cantik. Pantainya bersih, berpasir putih, air laut pulak jernih, memang terbaik. Ikan pelbagai jenis dengan coral berwarna-warni di dasar laut menjadikan ia lokasi popular untuk aktiviti snorkeling dan skuba diving. Hampir kesemua pulau-pulau yang ada telah diwartakan sebagai Taman Laut bagi memelihara keindahan semulajadi yang ada. Jadi aktiviti memancing dikawasan pantai memang tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, peminat memancing boleh mengambil pakej dimana mereka akan dibawa ke lokasi di luar Taman Laut. Macam pulau-pulau di Mersing juga. Jika anda minat melancong ke pulau peranginan yang cantik, berikut ialah antara pulau-pulau di Terengganu yang sesuai untuk dijadikan lokasi percutian. 

Pulau Kapas 


Pulau Kapas ialah salah satu dari pulau-pulau yang tercantik di Malaysia. Tidak hairanlah ia dinamakan Pulau Kapas kerana pasir-pasir pantainya putih seperti kapas. Air laut di persisiran pantai pulau ini sangat jernih. Berbagai jenis hidupan laut termasuk coral yang cantik boleh dilihat di dasar laut sekitar kawasan ini.  Beberapa resort menarik boleh dijadikan lokasi penginapan jika anda bercadang untuk bercuti di Pulau Kapas. Antara yang popular ialah Kapas Coral Beach Resort, Kapas Island Resort dan Makcik Gemok Beach Resort. Untuk maklumat lanjut, lihat artikel: Bercuti ke Pulau Kapas Terengganu.

Pulau Perhentian 
Pulau Perhentian ialah destinasi percutian pulau yang semakin popular dikalangan pelancong. Ia adalah salah satu pulau yang cantik di Terengganu. Kemudahan resort dan makanan turut disediakan. Selain bercuti merehatkan diri dan bersantai di tepi pantai melihat pemandangan menarik, berbagai aktiviti boleh dilakukan. Antara aktiviti menyeronokkan di Pulau Perhentian ialah snorkeling, island hopping, jetski dan skuba diving.  Terdapat dua lokasi percutian yang boleh anda pilih iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian Besar mempunyai resort-resort mewah dan menarik manakala Perhentian Kecil menawarkan penginapan di resort sederhana dan chalet bajet. 

Pulau Redang Destinasi lain yang cukup menarik untuk dijadikan lokasi percutian pulau di Terengganu ialah Pulau Redang. Seperti pulau-pulau lain, pantai di pulau ini sangat cantik, berpasir halus dan bersih. Selain itu, berhampiran pulau ini terdapat beberapa gugusan pulau kecil yang cantik. Air laut juga sangat jernih di kawasan ini dan banyak ikan-ikan serta coral cantik boleh dilihat semasa melakukan aktiviti snorkeling.  Untuk penginapan pula, banyak resort yang sesuai untuk anda bermalam. Antara resort popular di Pulau Redang ialah Redang Pelangi Resort, Redang Lagoon Chalet, Sari Pacifica Hotel, Resort & Spa dan Redang Mutiara Beach Resort.


Pulau Tenggol
 

Pulau Tenggol agak kurang terkenal berbanding pulau peranginan lain di Terengganu. Pulau ini juga agak kecil berbanding pulau-pulau lain. Ia lebih sunyi dan mendamaikan. Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Tenggol ialah para penyelam skuba. Ini kerana perairan disekitar pulau ini sangat cantik dan berbagai hidupan laut boleh dilihat.  Jika anda memilih untuk ke pulau ini, hanya terdapat dua resort yang menawarkan penginapan kepada pelancong iaitu Tenggol Coral Beach Resort dan Tenggol Island Beach Resort. Makanan dan aktiviti juga disediakan mengikut pakej. 
Percutian Pantai di Terengganu Selain pulau, banyak pantai di Terengganu yang cantik dan menjadi destinasi pelancongan popular. Pantainya bersih dan menawarkan pemandangan menarik. 

Bagi anda yang inginkan ketenangan, percutian di resort menarik berhampiran pantai pasti mendamaikan. Selain itu, anda boleh melawat tempat menarik di Terengganu dan menikmati makanan tempatan yang enak. Berikut ialah antara pantai menarik di Terengganu yang boleh dipilih sebagai lokasi percutian keluarga, kawan-kawan, honeymoon atau bersendirian. Pantai Kuala Terengganu Banyak kawasan pantai menarik di Kuala Terengganu yang menjadi destinasi percutian. Antara yang terkenal ialah Pantai Batu Buruk, Pantai Tok Jembal di Kuala Nerus dan Pantai Batu Rakit di Teluk Ketapang. 

Beberapa buah resort turut dibangunkan ditepi pantai sebagai tempat penginapan pelancong. yang penting, banyak tempat menarik boleh dilawati semasa percutian anda disini. 

Berikut ialah antara resort-resort menarik yang boleh dipilih sebagai lokasi penginapan anda: 

Quinara Al-Safir Resort 



Quinara Al-Safir Resort ialah resort menarik yang terletak di Kuala Terengganu. Resort ini menyediakan tempat penginapan menarik, bilik yang selesa dengan kemudahan serta aktiviti menarik untuk dilakukan. Sejumlah 48 buah bilik penginapan yang dilengkapi penghawa dingin serta berbagai kemudahan lain disediakan bagi menjamin keselesaan pengunjung.  Alamat: Quinara Al-Safir Resort Lot 29295 Jalan Tok Jembal, Kuala Nerus 21300 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman 
Hubungi: Quinara Al-Safir Resort 
Tel: 09 - 667 4040 
Fax: 09 - 667 4050 
E-mail : quinara.alsafir@yahoo.com 
Harga: Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM128. 


Anjung Pantai Seberang 

Anjung Pantai Seberang ialah resort menarik yang terletak di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Resort ini menyediakan tempat penginapan yang sangat menarik. Chalet indah diperbuat dari kayu mempunyai bilik yang luas dan selesa. Suasana persekitaran cantik dihias dengan lanskap pokok-pokok bunga yang menyerikan lagi kawasan resort. Kedudukan resort juga betul-betul berhampiran pantai. 
Alamat: Anjung Pantai Seberang Jalan Fikri, Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman 
Hubungi: Anjung Pantai Seberang 
Tel: +6013 910 3900 
Fax: - 
E-mail : reservation@anjungpantai.com Harga: Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM138. 


Scout Inn Resort



Jika anda merancang percutian bajet dan inginkan penginapan yang murah, Scout Inn Resort menawarkan harga yang sangat berpatutan. Lokasinya agak menarik kerana berhampiran Pantai Airport yang agak terkenal. Hanya dua jenis bilik disediakan iaitu Bilik Standard dan Deluxe. Biliknya bersih. Cuma resort ini tidak menyediakan makanan. Tiada masalah kerana banyak restoran berhampiran ynag menyediakan berbagai jenis juadah menyelerakan.  Alamat: Scout Inn Resort Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman 
Hubungi: Scout Inn Resort 
Tel: +609-662 3100 / 3105, +6011-1077 3100
Fax: +609-662 3160 
E-mail : scoutinnresort@gmail.com Harga: Sila hubungi resort untuk mendapatkan harga terendah. 


Chalet Teratak Samudera Kita 

Chalet Teratak SamuderaKita terletak di Pantai Mengabang Telipot, iaitu sebuah kawasan pantai yang terkenal di Kuala Terengganu. Chalet ini terletak berhampiran pantai. Malah anda boleh melihat laut yang membiru dari kawasan chalet. Hanya 5 buah bilik disediakan untuk pelancong. Senibina chalet juga menarik. Ia diperbuat dari kayu. Kemudahan penghawa dingin, tv dan bilik mandi dilengkapi air panas pasti menambah keselesaan pengunjung. Harga yang ditawarkan juga sangat murah. Pastikan anda menempah awal kerana bilik yang terhad. 
Alamat: Chalet Teratak SamuderaKita Lot 2868-C, Jalan Pantai, Pengkalan Maras, Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman Hubungi: Chalet Teratak SamuderaKita Tel: 019-387 5588, 019-3865587, 09-6699454 
Fax: - 
E-mail : samuderakita@gmail.com Harga: Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80. 


Prinzpark Terengganu Hotel 

Image result for prinzpark

Prinzpark Terengganu Hotel ialah hotel bertaraf 4 bintang yang sangat menarik untuk dijadikan tempat penginapan jika bercuti di Kuala Terengganu. Selain dari keselesaan dan kemudahan yang disediakan, berbagai kelebihan ada jika menginap disini. Salah satunya ialah lokasi resort ini tidak jauh dari Masjid Terapung iaitu salah satu tempat menarik di Terengganu yang cukup terkenal. Malah ia berada dikawasan tasik yang sama. Selain itu, beberapa kawasan pantai menarik dikawasan ini boleh anda kunjungi. Selalunya pantai berhampiran Terengganu Equestrian Resort dan Masjid Terapung menjadi pilihan masyarakat setempat berkelah dan beriadah.  
Alamat: Prinzpark Terengganu Hotel Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman 
Hubungi: Prinzpark Terengganu Hotel Tel: 09-617 8866 
E-mail : 
Harga: Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM220. 

Pantai Marang 


Tempat menarik di Terengganu yang agak popular untuk percutian pantai ialah di sekitar Marang. Disini terdapat beberapa kawasan pantai yang cantik dengan kemudahan resort untuk pengunjung bermalam. Antara lokasi yang terkenal ialah Pantai Kelulut



dan di bandar Marang.  Jika anda ingin bercuti berhampiran bandar Marang, memang banyak resort dan chalet murah yang boleh dijadikan tempat penginapan. Antara yang popular dan menarik ialah:
 D'lavender Beach Resort 

- Terletak di Kampung Kijing, Marang. Resort ini terletak ditepi pantai dan lokasinya memang menarik. 
Telefon resort ialah +60 9-618 6040. Hotel Seri Malaysia Marang
 - Hotel bertaraf 2 bintang ini menawarkan lebih banyak kemudahan untuk keselesaan tetamu.
 Lokasinya ialah di Kampung Paya, tidak jauh dari jeti Marang. 
Telefon hotel ialah +60 9-618 2015. 

Ce'Wer Chalet 


- Chalet bajet ini juga menarik kerana terletak berhampiran pantai. 
Lokasinya ialah di Kampung Rusila. Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80.
 Telefon +60 9-618 3612. 


Angullia Beach Resort




Angullia Beach Resort terletak berhampiran pantai di bandar Marang. Resort ini menyediakan lebih 40 bilik penginapan untuk pelancong. 
Harga yang ditawarkan memang berpatutan dan sesuai untuk percutian bajet keluarga. 
Alamat: Angullia Beach Resort KM20, Kg Rhu Muda, Seberang Marang, 21600 Marang, Terengganu Darul Iman Hubungi: Laman web: Angullia Beach Resort Tel: 09-6181322, 019-9412274 (WhatsApp) Fax: 09-6181322 
E-mail : reservation@angulliaresort.com Harga: Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM65. 

Pantai Kelulut 


juga terletak di Marang. Lokasinya agak jauh dari pusat bandar. Pantai ini terkenal kerana pernah dijadikan lokasi Program Semarak suatu ketika dahulu. Ia agak popular dan sering dikunjungi kerana banyak gerai makan yang menyediakan berbagai makanan laut dan makanan tempatan. Beberapa resort menarik ada disini seperti Semarak Aruni Inn dan Semarak Bayu Resort.  

Semarak Bayu Resort 


Semarak Bayu Resort menyediakan chalet kayu yang cantik dan lokasinya betul-betul ditepi pantai. Bagi anda yang inginkan kedamaian semasa bercuti, resort ini boleh dipertimbangkan. Ia juga berdekatan dengan gerai makan.
 Alamat: Semarak Bayu Resort Pantai Kelulut, 21600 Marang Terengganu Darul Iman 
Hubungi: Laman web: Semarak Bayu Resort 
Tel: 016 925 7454 , 09-6181291 

Pantai Dungun 


Beberapa kawasan pantai di Dungun agak terkenal dan menjadi tarikan pelancong seperti Pantai Teluk Bidara 
Gambar di atas ialah permandangan  Pantai Teluk Bidara.

dan Pantai Rantau Abang. Sila lihat gambar di bawah. 


Resort juga banyak dibangunkan dikawasan pantai untuk kemudahan penginapan percutian.  Pantai Teluk Bidara ialah sebuah pantai rekreasi yang cantik terletak di daerah Dungun. Pantai ini memang sunyi dan sangat sesuai dikunjungi bagi anda yang ingin bersantai merehatkan fikiran. Kawasan pantai agak luas. Disatu kawasan berbatu di pantai ini terdapat terowong yang unik dan boleh dilalui semasa air surut. Jika anda jenis yang tidak sukar bangun pagi, datang awal ke pantai ini untuk melihat matahari terbit di ufuk timur. Cukup mempersonakan. Tiada resort dikawasan Pantai Teluk Bidara. Tempat penginapan yang paling hampir ialah Tanjong Jara Resort yang terletak lebih-kurang 3.3 KM dari pantai ini. 

Tanjong Jara Resort



Resort bertaraf antarabangsa yang cukup menarik terletak di daerah Dungun. Resort ini menyediakan bilik yang selesa dengan berbagai kemudahan serta aktiviti menarik untuk dilakukan. Harga penginapan disini memang agak mahal tetapi kalau anda mampu, maklumat dibawah mungkin berguna untuk anda. 
Hubungi: Laman web: Tanjong Jara Resort 
Tel: +60 9-845 1100, +60 3 2783 1000 
E-mail : travelcentre@ytlhotels.com.my Harga: Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM1200. 

Mayangsari Resort Dungun



 - Resort bertaraf 3 Bintang. Ia mungkin pilihan yang lebih sesuai berbanding Tanjong Jara Resort. 
Telefon +60 6-761 7572. 

 Pantai Rantau Abang


 pula terkenal sebagai tempat penyu bertelur. Kawasan pantai disini memang cantik dan beberapa resort boleh dijadikan tempat penginapan jika anda ingin bercuti disini. Antara resort yang agak popular dan murah ialah: 

Awang Beach Resort





 Ini resort yang semua orang mampu. Menawarkan harga berpatutan dan lokasinya juga menarik betul-betul berhampiran pantai. 
Telefon +60 9-844 3500.

 D'Teratai Beach Resort 


- Resort ini terletak dilokasi yang cukup menarik. Ia menawarkan pemandangan laut yang cukup memukau.
 Telefon hotel ialah +60 19-943 3645. 


Teluk Lipat Seaview Inn

 - Resort yang kemas dan bersih. Terletak di Pantai Sura Jetty. Lokasinya ialah di Kampung Rusila. 
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80. 
Telefon +60 9-844 3030, 0199801163 ( Pn.Hjh Norma), 0145233972 ( Cik Effa Adnan). 
Email : teluklipatseaview@gmail.com  

Pantai Setiu Setiu 


ialah salah satu tempat menarik di Terengganu yang mempunyai berbagai keistimewaan. Antara yang tarikan pelancongan popular di daerah ini ialah pantai yang cantik, agro-tourism, air terjun dan alam semulajadi. Salah sebuah pantai yang terkenal di Setiu ialah Pantai Merang. Ia menjadi destinasi percutian ramai kerana kecantikan pantai dan kemudahan resort yang agak banyak di sini. 

Merang Suria Resort 



Salah satu resort menarik di Pantai Merang ialah Merang Suria Resort. Resort bertaraf 3 bintang ini adalah lokasi paling sesuai jika anda inginkan percutian yang romantik bersama pasangan. Lokasinya cukup menarik kerana terletak betul-betul ditepi pantai. Selain itu berbagai kemudahan disediakan termasuk kolam renang yang luas pasti menyeronokkan lagi percutian anda.  
Alamat: Merang Suria Resort Lot 1841, Kampung Rhu Tapai, Merang, 21010 Setiu, Terengganu Darul Iman 
Hubungi: Laman web: Merang Suria Resort 
Tel: +609 653 1600
 Fax: +609 653 1601
 E-mail : sales@suriaresorts.com, reservation@suriaresorts.com
 Harga: Hubungi Merang Suria Resort untuk mendapatkan harga bilik pada tarikh yang diingini.

 Sutra Beach Resort & Spa Resort



lain yang menarik untuk dijadikan lokasi percutian ialah Sutra Beach Resort & Spa yang juga terletak di Pantai Merang. Lokasi resort ini ialah di perkampungan nelayan Rhu Tapai, betul-betul ditepi pantai. Berbagai jenis bilik dan fasiliti disediakan sebagaimana yang seharusnya ada di resort bertaraf 3 bintang.  
Alamat: Sutra Beach Resort & Spa Kg. Rhu Tapai, Merang, 21010 Setiu, Terengganu Darul Iman 
Hubungi: Laman web: Sutra Beach Resort & Spa 
Tel: 09 653 1111 Fax: 09 6531226 
E-mail:reservation@sutrabeachresort.com.my 
Harga: Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM437. 


Pantai Penarik 




terletak di Permaisuri dalam daerah Setiu. Pantai ini adalah antara destinasi pelancongan popular di Terengganu. Tarikan utamanya ialah pantai yang sangat cantik dan bersih. Terrapuri Heritage Village Terrapuri Heritage Village terletak di Pantai Penarik. Ia adalah resort bertaraf antarabangsa yang bercirikan tradisional. Berbagai jenis rumah tradisional Terengganu dibangunkan dan dijadikan penginapan menarik serta dilengkapi kemudahan moden. Anda pasti tidak percaya tetapi suasana di sini seolah-olah diperkampungan melayu zaman dahulu kala.  
Alamat: Terrapuri Heritage Village Kampung Mangkuk, 22120 Setiu, Terengganu Darul Iman 
Hubungi: Laman web: Terrapuri Heritage Village 
Tel: +609 6245020, +609 6312081, +6012 9888399 Emergency (Ms. Maslina) 
Fax: +609 6228093
 E-mail : info@terrapuri.com
 Harga: Harga villa 1 malam bermula dari RM639. 

Percutian Alam Semulajadi 

Bagi penggemar percutian alam semulajadi, ada beberapa tempat menarik di Terengganu yang popular dan boleh dicuba. 

Tasik Kenyir ialah destinasi yang paling terkenal bukan sahaja bagi pelancong tempatan malah luar negara. Selain itu, beberapa lokasi lain seperti air terjun, hot springs dan hutan lipur juga boleh dijadikan lokasi menarik untuk bercuti. Tasik Kenyir Tasik Kenyir ialah sebuah tasik buatan manusia yang dijadikan empangan hidro-elektrik. Ia meliputi kawasan seluas 260,000 hektar, menjadikannya terluas di Asia Tenggara. Jangan salah anggap. Walaupun tasik buatan, ia adalah kawasan semulajadi yang masih kaya dengan berbagai spesis flora dan fauna termasuk orkid liar, paku-pakis, burung kenyalang, harimau serta gajah. Kajian yang dijalankan setakat ini berjaya mengumpul 8,000 spesis bunga, 2,500 spesis tumbuh-tumbuhan, 800 spesis orkid dan 300 spesis kulat. Selain menikmati keindahan alam semulajadi, pelancong juga boleh melakukan beberapa aktiviti menarik terutamanya memancing ikan, berkayak, menaiki bot dan mandi air terjun. Bagi peminat memancing, beberapa spesis ikan ada di tasik ini seperti Baung, Toman, Kelisa, Lampan dan juga Kelah.  Pemandangan di sini memang terbaik. Keindahan tasik, suasana yang sunyi dan udara yang segar membuatkan anda rasa benar-benar bercuti. Tiada kesesakan kenderaan, tiada bunyi bising, tiada pasaraya, apa yang ada hanyalah dunia yang tenang. Tertarik? Jika anda membuat keputusan untuk bercuti di Tasik Kenyir, anda boleh memandu kenderaan sendiri terus ke Jeti Gawi di Tasik Kenyir. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam, perkhidmatan teksi boleh didapati di bandar-bandar utama di Terengganu. Banyak resort dan chalet di Tasik Kenyir yang boleh dijadikan tempat penginapan. Berbagai pilihan ada termasuk resort bertaraf 3 bintang, chalet, resort terapung dan juga rumah bot. Biasanya resort turut menyediakan tempat penginapan, makanan dan aktiviti secara pakej. Sebaiknya anda membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang. Resort dan chalet popular di Tasik Kenyir ialah: 


Petang Island Resort


Petang Island Resort ialah resort menarik yang boleh dijadikan lokasi penginapan anda di Tasik Kenyir. Ia terletak kira-kira 22KM dari pengkalan Gawi. Resort ini mempunyai chalet yang cantik, lanskap yang menarik dikawasan resort serta menawarkan pemandangan Tasik Kenyir yang cukup mengagumkan. Keseluruhannya terdapat 2 chalet suit, 19 chalet standard, 5 chalet executive, 2 hostel dan 20 tapak khemah disediakan untuk pelancong. 
Hubungi: Laman web: Petang Island Resort 
Tel: +609 - 622 1276, +609 - 822 2176 Fax : +609 - 622 3035 
E-mail : sales.pirkenyir@gmail.com 
Harga: Harga chalet terkini, sila hubungi Petang Island Resort. 

Kenyir Sanctuary Resort 


Kenyir Sanctuary Resort terletak di Pulau Poh di Tasik Kenyir. Sebanyak 40 buah chalet kayu yang cukup menarik disediakan untuk tetamu. Resort ini juga menawarkan pemandangan yang cantik. 
Hubungi: Laman web: Tiada. Tel: 09-6266106 
E-mail : - 
Harga: Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM100. 

Lake Land Resort 



Lake Land Resort terletak di Pulau Lata Terap iaitu kira-kira 22 KM dari Pengkalan Gawi. Resort ini menyediakan sebanyak 22 buah chalet untuk pelancong.
 Hubungi: Laman web: Tiada. Tel: 019-2782939
 E-mail : -
 Harga: Hubungi Lake Land Resort untuk mendapatkan harga chalet terkini.


 Hutan Lipur Lata Belatan


 Hutan Lipur Lata Belatan terkenal sebagai kawasan perkelahan dan mandi air terjun dikalangan penduduk di Jerteh. Air terjun Lata Belatan menjadi tarikan pelancong kerana airnya yang jernih dan sejuk serta kawasan persekitaran yang tenang dikelilingi hutan semulajadi yang menghijau. Selain itu, Gunung Tebu yang kemuncak tertingginya mencecah 7,088 meter turut menjadi tarikan pelancong yang gemar melakukan aktiviti mendaki gunung. 
 Lokasi: Hutan Lipur Lata Belatan, Jabi, 22020, Jerteh, Terengganu

 D'Pinggiran Gunung Tebu Resort 


D'Pinggiran Gunung Tebu Resort ialah sebuah resort yang terletak berhampiran air terjun Lata Belatan. Resort ini menyediakan 14 buah chalet dan dorm sebagai penginapan pelancong. Kemudahan yang disediakan termasuk dewan seminar, dewan makan, surau dan tapak perkhemahan. Aktiviti pelancongan turut ditawarkan seperti merentas hutan, mendaki gunung, menyusur sungai dan air terjun serta macam-macam lagi. 
Hubungi: Laman web: D'Pinggiran Gunung Tebu Resort 
Tel: 012-9578075, 09-6976110
 E-mail : - 
Harga: Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM70. 


La Hot Springs



 La Hot Springs terletak kira-kira 45 KM dari Bandar Jerteh. Tarikan utama ialah kolam air panas semulajadi yang terdapat disini. Selain itu terdapat jeram air sejuk dikawasan yang sama dimana pengunjung boleh mandi-manda. Tempat ini memang menarik dan sesuai untuk bawa keluarga bercuti. Penginapan turut disediakan iaitu La Hot Spring Resort.  
Lokasi: La Hot Spring Resort Pusat Rekreasi Lo Hot Spring, 2, Kg La, 22010 Hulu Besut, Terengganu Hubungi: Laman web: Tiada. 
Tel: 09-6060525, 013-9276998
 E-mail : - Harga: Harga chalet terkini, sila hubungi La Hot Spring Resort.
 Untuk melihat perbandingan harga hotel di Terengganu dan menempah bilik penginapan, anda boleh semak di Hotelscombined.
**Nota: Sesetengah resort tidak membenarkan harga bilik dinyatakan. Walaupun ini menyusahkan pelanggan namun mungkin mereka ada sebab tersendiri. Percutian Bajet memohon maaf jika ada kesulitan yang timbul. Setakat ini dahulu senarai tempat menarik untuk percutian di Terengganu yang dapat kami kongsikan untuk anda. Banyak lagi destinasi pelancongan yang ada tidak sempat kami masukkan. Harapan kami, jika maklumat ini membantu, jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan lain di laman fb, twitter dan g+ anda sebagai tanda penghargaan. Jika ada kekurangan atau anda ingin berkongsi tips melancong ke Terengganu, sila tinggalkan dibahagian komen. Kami amat menghargainya. Akhir kata, selamat bercuti!